Arkib Utusan Malaysia ARKIB : 02/10/2004 SESEORANG anggota tentera yang pernah bertempur dengan komunis pastinya tidak melupakan detik tersebut. Ketika itu, nyawa menjadi pertaruhan demi kedaulatan tanah air tercinta. Perumpamaan `biar putih tulang, jangan putih mata' menjadi azimat setiap anggota tentera. Perjuangan menentang komunis juga menjadi kenangan cukup bermakna buat Kapten (B) Shahruddin Omar, 45, semasa berkhidmat dalam tentera. Baginya, bertempur dengan komunis memberikan kepuasan kepada diri beliau. ``Saya merasa puas apabila dapat bertempur dengan komunis. ``Cita-cita saya adalah ingin mati dalam askar. Saya mahu dikenang sebagai seorang perwira yang gugur di medan peperangan kerana mempertahankan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Banting, Selangor baru-baru ini. Menceritakan pengalamannya berkhidmat di dalam tentera, Shahruddin memberitahu, beliau pernah terlibat dalam beberapa pertempuran dengan komunis. Antara operasi ketenter...